Saturday, September 12, 2009

Walaupun jam dilaptopku sudah berangka 1.13 am, aku tetap berkeras mengatakan malam ini..bukan pagi ini, jika kutulis ayat ini untuk pagi ini ,masaku sudah berada pada keesokan harinya menandakan aku telah kehilangan tarikh hari ini (14/6/09)yang sangat penting bagiku untuk menulis.Lalu…dengan sewenang-wenangnya aku menukar masa 24 jam yang diberikan tuhan olehku kepada 26 jam.selepas jam 2 pagi, barulah aku mengisytiharkan pagi 15/6/09.

Hari ini, hari isnin-15/6/09.telah kuangkat hari ini sebagai tarikh penting.

Akhirnya..

Yang maha satu telah memilih hari ini untuk menyatukan mereka,orang yang kusayang.agak kaku untuk aku mengatakannya, tetapi aku keraskan juga hatiku untuk tidak memadam kembali perkataan “sayang” itu.

Orang yang kumaksudkan itu adalah wanita bertubuh kecil molek ,yang berjiwa besar gedabak.itulah satu-satunya kakak yang kumiliki.berkongsi gene XX denganku yang kukira memiliki peribadi gene XY yang “telebih pulak”.

Alhamdulillah

Nikmatilah sifat arrahmannya tuhan..bukankah yang maha satu berulangkali melirihkan “nikmat manalagi yang engkau dustakaaaan….???”

Selesai saja akad itu dilafazkan tadi, jam 4 setengah petang,bersaat-saat aku terimbau zaman kecil kami berdua yang dipenuhi warna-warna kontra peribadi.Dari sekolah rendah,menengah,masuk university sampailah keluar university.

Malam ini aku terimbau..gaya nakalnya ..

Susukacang panas

Pura-pura pengsan

Keinginannya jadi pelajar contoh 6 putih

Buku doraemon

Mutiara naga

Baca ayat kursi sambil tidur

Jadi fung sa yuuk

Bulughul maram,fiqh wanita

Sampailah menolongku dari dibuli oleh orang waktu sekolah rendah, iron baju seragam aku hari pertama sekolah menengah,ajar cara bergaul dengan kawan..sampailah aku berdiri utuh.Rupanya disebalik perbezaan kami ini,dia telah melengkapkan diriku.

Bagiku,tuhan telah menganugerahi dia bakat yang banyak, menjadikan dia demikian banyak keinginan.

Masih segar dalam memoriku rona wajahnya ketika mengatakan kepadaku keinginannya menjadi penulis, dengan mata bersinar-sinar penuh harap dia memuntahkan idea-ideanya.mengulas para penulis buku juga salah satu hobinya.sangat sensitif pada seni bahasa.

Sesekali, pada masa lainnya, jika dia dibanjiri CD movie, maka terloncatlah dari mulutnya menjadi pengarah filem pula.dengan penuh kesungguhan dia akan menceritakan kepadaku kesilapan belakang tabir pembuat-pembuat filem.kebetulan aku agak lambat memahami jalan cerita sebuah filem (English movie) menjadikan kakak kecilku ini begitu berdaya tarik untuk aku mendengar ulasannya.

Sesungguhnya..idea pengulasannya juga jarang-jarang aku dapati dari para pengulas-pengulas mahir yang aku ada.hehe

Jika suasana hidupnya pada lingkungan ilmiah, maka cerita kami menjadi lebih berat kepada argumentasi.ilmu mantik, falsafah,fiqh.pernah sekali dia mengadu padaku yang dia sampai tidak dapat tidur jatuh cinta dengan falsafah.dia ingin menyambung pelajarannya dibidang falsafah.

Memang hatiku menjadi sengal jika tidak memberi pandangan..padaku matlamat tunggal lebih mudah mengejarnya dari matlamat yang terlalu banyak capahan.tapi, bila kufikir kembali, aku menjadi kasihan. Kasihan dengan bakat yang banyak itu.melonggarkan kemahuan bukanlah perkara mudah bagi manusia-manusia berkemahuan keras seperti dia. Jauh didasar hatiku,agar kumampu menembak doa untuknya agar tuhan pilih pendamping yang memahami dan menuntunnya kearah kejituan dirinya.

Hari ini,

dia telah menambahkan lagi kelengkapan jiwanya dengan jiwa lain.jiwa baru.Malah,mungkin lebih baik dari kelengkapan yang kuberikan.

sekarang

Dia telah sah menjadi isteri

Puteri sophie..

Selamat pengantin baru kakakku…

Orator7-Torriq s

No comments:

Post a Comment